Soalan:
Bagaimanakah caranya untuk kita khusyuk dalam solat? Apakah tips-tips untuk bangun awal supaya tidak ketinggalan mendirikan solat Subuh?
Rohayu, Jeli, Kelantan.

Jawapan:
Soalan berkenaan khusyuk dalam solat telah dikupas sebelum ini. Sila rujuk Dara.com edisi Julai 2007. Boleh juga rujuk arkib Dara.com di www.hafizfirdaus.com, ruangan kolum bulanan Dara.com, bahagian Soal-Jawab Agama: “Sukar Untuk Khusyuk Dalam Solat”.
Merujuk kepada tips bangun awal untuk solat Subuh, maka tips yang paling penting ialah anda memberitahu diri anda untuk bangun awal. Ia banyak berkaitan dengan sikap dan pemikiran tuan punya badan. Jika pada malam sebelumnya anda berazam untuk bangun awal, anda akan bangun awal. Sebaliknya jika anda berazam untuk bangunlewat atau tidak berazam apa-apa, maka anda akan bangun lewat.Beberapa tips lain: Pada malam sebelumnya tidur lebih awal. Guna lebih dari satu jam penggera. Pesan kepada ahli keluarga atau rakan-rakan untuk membangunkan anda,sekalipun dengan merenjis air ke muka anda. Lazimkan diri untuk bangun awal sekalipun pada hari cuti, lama kelamaan anda dengan sendirinya akan terjaga awal tanpa jam penggera atau bantuan orang lain.