Soalan:

Adakah percampuran antara lelaki dan wanita dalam majlis ilmu merupakan percampuran yang diharamkan?

Aisyah Alwi, Skudai, Johor.

Jawapan:

Allah berfirman: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” [Surah al-Isra’, ayat 32]

Sesuatu yang tidak diragukan lagi, sama ada di dunia Islam atau bukan Islam, percampuran bebas antara lelaki dan wanita menghampirkan mereka kepada perbuatan zina. Zina hukumnya haram dan apa-apa aktiviti yang menghampirkan seseorang kepada zina adalah haram juga. Oleh itu dalam majlis ilmu hendaklah dipisahkan antara lelaki dan wanita dengan pemisahan yang jelas. Di samping itu, pihgak penganjur dan penyampai ilmu hendaklah memastikan tiada percampuran bebas berlaku.