Soalan:
Apabila terdengar suara atau ternampak bayangan pemilik rumah yang sudah meninggal dunia, adakah itu ruhnya yang tidak diterima oleh bumi?

Badriah, Kuala Lipis, Pahang.

Jawapan:
Semua orang yang meninggal dunia memasuki alam baru yang disebut Alam Barzakh. Ruh orang meninggal dunia yang memasukinya tidak akan kembali ke alam kehidupan. (Surah al-Mukminun, ayat 99-100). Jika orang yang hidup terdengar atau ternampak orang yang sudah meninggal dunia, maka ia mungkin kesan psikologi kerana kerinduan atau salah satu permainan syaitan untuk merosakkan aqidah umat Islam. Maka usah dilayan semua itu, sebaliknya berdoalah kepada Allah agar diampuni dosa dan dikurniakan rahmat kepada orang yang meninggal dunia itu. (Soal-Jawab Dara.com, Jun 2007).