Soalan:

Bolehkah main daun terup sesama rakan atau Solitaire di komputer jika ia tidak melibatkan wang (bukan judi)?

Jawapan:

Boleh kerana ia bukan judi. Akan tetapi ia termasuk perbuatan sia-sia (Lagha) yang tidak dianjurkan oleh Islam: “Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.” [al-Furqan 25:72]

Oleh itu gunalah masa lapang untuk menuntut ilmu agama, berzikir kepada Allah dan membantu sesama manusia.