Soalan:

Bolehkah diterangkan mengenai alam barzakh berdasarkan nas-nas?

Ain Aishah, Banting Selangor.

 

Jawapan:
Ini adalah soalan yang baik tetapi ditanya pada tempat yang tidak tepat. Ini kerana nas-nas yang menerangkan kewujudan dan ciri-ciri alam barzakh berjumlah agak banyak sehingga tidak dapat saya turunkan dalam ruangan yang kecil ini. Oleh itu saya anjurkan saudari dan semua pembaca yang lain agar mencari sumber rujukan berkenaan alam barzakh untuk mendapatkan ilmu yang lebih mendalam tentangnya.

Penting untuk ditekankan bahawa pastikan rujukan tersebut menyatakan sumber hadis dan darjatnya. Ini kerana ilmu agama – sama ada dalam subjek alam barzakh atau selainnya – merupakan penjamin keselamatan dan kejayaan kita di dunia dan akhirat. Justeru hendaklah rujukan kita merupakan sesuatu yang bersifat ilmiah dan meyakinkan, bukan sekadar cerita-cerita dan pendapat orang.