Soalan:

Adakah bercakap melalui talifon berkenaan urusan penting antara lelaki dan wanita bukan muhrim satu kesalahan?

Liyana, Kuala Lumpur.

Jawapan:

Ia tidak salah kerana Rasulullah sendiri pernah bercakap dengan wanita berkenaan urusan-urusan penting. Namun pastikan ia benar-benar penting dan percakapan adalah dengan nada yang biasa kerana Allah mengingatkan: “Janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” [al-Ahzab 33:32]