Soalan: 

Apakah hukumnya mencium mulut sesama wanita Islam atas dasar persahabatan? Ini kerana bersentuhan kulit sesama wanita tidaklah haram.

 

Qistina, Sandakan, Sabah.

 

 

Jawapan:

 

Sekalipun sesama wanita dan atas dasar persahabatan, etika yang diajar oleh Islam ialah bersalaman (menjabat tangan) dan bukannya berciuman. Sebelum ini Rasulullah pernah ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah kami harus menundukkan kepala apabila salah seorang dari kami bertemu dengan saudaranya atau sahabatnya?” Baginda menjawab: “Tidak.” Dia bertanya: “Apakah dia harus memeluk dan menciumnya?” Baginda menjawab: “Tidak.” Orang itu bertanya lagi: “Apakah harus meraih tangannya dan menjabatnya?” Baginda menjawab: “Ya.” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 2728]