Soalan:

Bolehkah orang bukan Islam melawat kubur orang Islam atas niat menziarahi kubur kawannya?

Atiqah, Cheras, Kuala Lumpur.

 

Jawapan:

Boleh. Tiada larangan untuk orang bukan Islam menziarahi kubur orang Islam. Demikian juga sebaliknya, boleh bagi orang Islam menziarahi kubur orang bukan Islam. Ini kerana Islam menganjurkan ziarah kubur kerana ia dapat mengingatkan penziarah kepada kematian dan alam akhirat. Hanya, tidak boleh mendoakan keampunan atau rahmat kepada ahli kubur bukan Islam ketika menziarahinya.