Soalan:

Saya pernah mendengar ada menyatakan gabungan nama ibu dan bapa tidak elok diberikan kepada anak kerana kemungkinan membawa keburukan pada masa hadapan. Benarkah? Bagaimana pula jika gabungan itu membawa makna yang baik?

Solehah Abu Bakar, Sungai Petani, Kedah.

 

Jawapan:

Kenyataan tersebut tidak benar. Baik atau buruk sesuatu nama bergantung pada maksud yang dibawa dalam bahasa yang lazim digunakan oleh yang memiliki nama tersebut. Jika maksudnya baik, dipersilakan menggunakan nama tersebut.