Soalan:

Simpan gambar teman lelaki atau teman wanita di dalam dompet sebagai ingatan, boleh atau tidak?

Syakirah, Kuala Selangor, Selangor. 

 

Apakah hukumnya bercuti bersama teman lelaki yang bukan mahram walaupun tidak tinggal sebilik?

Suriati Bakar, Merlimau, Melaka.

 

Jawapan:

Baik teman lelaki, boyfriend atau tunang, semuanya adalah lelaki yang diharamkan ke atas seorang wanita sehinggalah mereka berdua bernikah. Sesuatu yang haram hendaklah dijauhi dan jalan-jalan yang mendekatkan ditutup rapat agar satu hari nanti tidak terlanjur melakukan kesalahan. Oleh itu jauhkan, elakkan daripada menyimpan gambar, pergi bercuti bersama atau apa-apa lain yang seumpama.