Soalan: 

Sahkah solat sekiranya kain telekung yang digunakan agak jarang dan dia solat seorang diri? Bagaimana pula kalau ada perempuan lain yang melihatnya?

Arra, Jeli, Kelantan.

 

Jawapan:

Ya, solat itu sah baik secara sendirian atau ada perempuan lain di persekitaran. Tidak mengapa jika sekadar nampak bayang-bayang rambut atau leher. Namun jika ia terlalu jarang sehingga menampakkan warna rambut atau warna kulit leher, maka solat menjadi tidak sah. Langkah yang selamat ialah sebelum membeli atau memakai telekung (atau apa-apa pakaian lain), letak tapak tangan anda di sebaliknya. Warna keputihan tapak tangan akan kelihatan jika kainnya terlalu jarang. Jika tidak nampak keputihan tapak tangan, ertinya ia boleh dipakai.