Soalan 1: Meninggal Dunia Ketika Hamil.

Sahabatsaya meninggal dunia ketika hamil tiga bulan. Saya pernah mendengar pendapatyang menyatakan apabila wanita yang hamil meninggal dunia, dia tergolongsebagai mati syahid. Benarkah? Shazreen, Shah Alam.

Jawapan:

Matasyahid terbahagi kepada dua jenis, syahid besar dan syahid kecil. Syahid besarmerujuk kepada seorang muslim yang meninggal dunia di medan perang ketikaberjuang membela Islam. Orang yang gugur syahid seperti ini jenazahnya tidakdimandikan, tidak dikafankan dan dikebumikan di tempat beliau gugur, iaitu dimedan perang itu sendiri.

Syahidkecil merujuk kepada seorang muslim yang meninggal dunia dalam keadaandizalimi, keadaan mengerikan atau dalam keadaan sedang melakukan pengorbanan.Contohnya ialah meninggal dunia ditikam perompak, dihempap bangunan dan keranawabak penyakit. Orang yang meninggal dunia seperti ini jenazahnya diuruskanseperti biasa. Di Hari Akhirat kelak, mereka dihimpunkan bersama mereka yanggugur syahid di medan perang.

 

Semua syuhada’, sama ada syahid besar atau syahid kecil dikumpulkan bersama pada HariAkhirat kelak. Mereka mendapat kedudukan yang istimewa dan pahala yang banyak.Namun para syuhada’ ini berbeza-beza tingkatan mereka dengan yang gugur di medanperang berada di tingkatan yang lebih tinggi berbanding yang meninggal duniadalam keadaan dizalimi, mengerikan atau sedang melakukan pengorbanan. Olehkerana itulah dibezakan antara syahid besar dan syahid kecil.

Termasukdalam kategori syahid kecil ialah wanita yang meninggal dunia ketika sedanghamil atau ketika sedang melahirkan. Hadis-hadis yang menerangkan hal iniberstatus sahih, hanya ia agak panjang untuk saya kemukakan di sini. Parapembaca sekalian boleh merujuk kitab Shahih al-Targhib wa al-Tarhib,hadis no: 1394 & 1398.

Perkarapenting untuk meraih darjat syahid kecil ialah redha ketika sedang menghadapikematian. Ketika sedang sakratul maut, hendaklah redha, bahkan gembira keranaakan dapat berjumpa dengan Allah dalam suasana sebagai seorang syuhada’.

 

Soalan 2: Suntikan Memilih Jantina Bayi.

Saya memiliki seoranganak lelaki yang baru berusia setahun dan bagi anak seterusnya, saya inginkanyang perempuan. Saya bercadang membuat suntikan memilih jantina, adakah iadibolehkan dalam Islam? Yanti, Kuala Lumpur.

Jawapan:

Terdapattiga perkara yang perlu diperjelaskan dalam soalan di atas:

Pertama: Dari sudut hukum.Para ilmuan Islam berbeza pendapat dengan ada yang membolehkannya (mubah), adayang melarangnya (haram) dan ada yang menangguhkan buat masa ini (tawaqquf).  Masing-masing memiliki dalil dan hujahyang agak banyak lagi terperinci untuk saya senaraikan di sini. Apabila paraulama’ berbeza pendapat dengan setiap mereka memiliki dalil dan hujah, kitasebagai orang awam dibolehkan mengikuti salah satu dari pendapat mereka itu.

Pentinguntuk ditekankan bahawa para ilmuan yang membolehkan proses ini mensyaratkan iahanya melibatkan sesama pasangan suami isteri yang sah. Sebagai contoh, jikasuami tidak mampu mengeluarkan sperma yang memiliki DNA lelaki, maka diharamkanuntuk mengambil sperma DNA lelaki daripada orang lain.

Kedua: Dari sudut keutamaan.  Adalah lebih utama untuktidak melakukan apa-apa proses pemilihan jantina bayi. Apa yang Allah kurniakantentu baik dan bermanfaat sekalipun ia pada zahirnya tidak selari dengankehendak kita. Ingatlah kepada firman Allah berikut ini: Bolehjadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamusuka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualahYang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”[al-Baqarah 2:216]

Ketiga: Dari sudut kesan sampingan. Jika dikaji artikel-artikel ilmiah dalam persoalan ini, akan ditemuibahawa proses pemilihan jantina bayi tidak terlepas dari kesan-kesan sampinganke atas bayi. Ada yang bersifat kecacatan genetik dan ada yang bersifatperangai di antara dua jantina (khunsa). Tidak dilupai juga kos yang tinggiuntuk melalui proses ini.

 

Soalan 3: Hamil dan Puasa.

Saya sedang hamil tigabulan dan mengalami alahan yang teruk. Saya belum habis menggantikan puasa yangtertinggal pada Ramadan tahun lalu dan nampaknya Ramadan tahun ini juga sayatidak berapa kuat untuk menjalani ibadah puasa kerana bimbang janin yangdikandung. Apakah yang patut saya lakukan? Ibu Hamil, Selayang.

Jawapan:

AllahSWT berfirman: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yangtertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlahia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu padahari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa(kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.” [al-Baqarah 2:184]

Orangyang sakit dan musafir tidak diwajibkan berpuasa disebabkan oleh kesukaran yangmereka hadapi. Berdasarkan kaedah qiyas di atas faktor kesukaran ini, wanitayang hamil atau menyusu juga tidak diwajibkan berpuasa. Seterusnya merekadiberi opsyen sama ada untuk mengqadha puasa itu atau membayar fidyah.Mengqadha puasa adalah lebih utama, namun tempoh kehamilan diikuti dengantempoh menyusu yang agak lama menjadikan opsyen membayar fidyah sebagai yanglebih sesuai.

Adapandangan yang menyatakan wanita hamil dan/atau menyusu hendaklah mengqadhapuasa serta membayar fidyah. Ada pula yang membezakan kesukaran berpuasa padaawalnya adalah kerana kesihatan ibu atau kesihatan janin dan bayi.Pendapat-pendapat ini sebenarnya tidak berasas, malah menjauhi ruh Islam yangsentiasa memberi jalan mudah apabila berhadapan dengan kesukaran. Lebih lanjutsila rujuk buku saya Amalan-Amalan Di Bulan Ramadhan.