Sabda Nabi s.a.w.,

 

وَمَهْمَا أَنْفَقْتَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ حَتَّى اللُّقْمَةَ تَرْفَعُهَا فِي فِي امْرَأَتِكَ.

Dan apa jua yang kamu berikan (infaqkan) maka ia menjadi (pahala) sedekah bagi kamu, sehinggalah sesuap makanan yang kamu suapkan ke mulut isteri kamu. (Shahih al-Bukhari, no.: 4935/5354)

Jika sesuap makanan sudah menjana pahala sedekah, tentu potongan 2% akan menjana pahala yang lebih.

Sedekah pula adalah satu bentuk pelaburan dalam Islam. Apabila kita bersedekah dengan IKHLAS, Allah akan memulangkannya dan memberikan kelapangan rezeki yang berganda.

Firman Allah s.w.t.,

 

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ

وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Katakanlah, Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan Dia juga yang menyempitkan baginya;

Dan apa sahaja yang kamu berikan (infaq) maka Allah akan menggantikannya; dan Dia-lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki. (Saba 34:39)

Oleh itu ayuh kita (para suami) menyambut baik potongan 2% KWSP.

Jika ia membebankan, maka jangan marah pada kerajaan, sebaliknya semak balik perbelanjaan diri sendiri. Pasti ada yang boleh dijimatkan, lebih dari kadar 2%.

PS: Bagi yang berpoligami, pahala sedekah dan peluang pelaburan yang lebih tinggi !