Tazkirah hari ini, firman Allah s.w.t.,

 

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ?

Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan (tentang umurmu)?

(Fatir 35:37)

 

Imam Ibn Katsir ketika menafsirkan ayat di atas mengemukakan pendapat beberapa tokoh generasi Salaf bahawa yang dimaksudkan dengan "....(apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan (tentang umurmu)" dalam ayat di atas ialah uban / rambut putih.

Maka bagi sesiapa yang mula didatangi uban atau rambut putih, bergembiralah kerana ia merupakan peringatan tentang umur yang semakin lanjut.

Maka fikirkanlah apa amal-amal soleh yang sudah dipersiapkan bagi menghadapi kematian yang semakin dekat.