Tazkirah hari ini, firman Allah s.w.t.,

إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ

ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ

مَا مِن شَفِيعٍ إِلَّا مِن بَعْدِ إِذْنِهِ

ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ

فَاعْبُدُوهُ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa.

Kemudian Dia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan.

Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkan-Nya.

Itulah Allah, Tuhan kamu;

Maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingati-Nya?

(Yunus 10:03)

--------

Allah semayam atas Arasy dan mentadbir segala urusan dari sana bukanlah rekaan golongan Wahabi mahupun Salafi, tetapi ia adalah kenyataan Allah sendiri.

Bahkan dengan sifat sedemikianlah Allah mahu diri-Nya dikenali dan diimani, sebagaimana firman-Nya,

"Itulah Allah, Tuhan kamu".

Allah tidak memerlukan Arasy mahupun terbatas kepadanya.

Kita juga tidak berkata Allah memerlukan Arasy dan terbatas kepadanya.

Namun memandangkan Allah menyatakan diri-Nya bersemayam atas Arasy, maka kita pun beriman kepadanya dan menetapkannya.