Firman Allah s.w.t.,

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ

وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا

يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا

وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa,

Dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa.

Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku.

Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

(an-Nur 24:55)

‐----------

Bagi ramai orang, jalan bagi mendapatkan pemerintah yang akan membela Islam lagi bijak, amanah dan berjiwa rakyat adalah dengan memangkah kotak yang betul setiap 5 tahun. Mereka beraqidah (berkeyakinan) bahawa penentuan pemerintah berada di bawah kuasa pilihan mereka. Adapun kami Ahli Sunnah, kami beraqidah bahawa penentuan pemerintah adalah urusan Allah. Dan Allah hanya akan berikan pemerintah yang membela Islam jika rakyat terlebih dahulu beriman dan beramal soleh.

Aqidah ini adalah berdasarkan ayat 55 surah an-Nur.

Sila semak baik-baik ayat di atas.

Maksud beriman adalah memiliki keyakinan yang betul terhadap Allah, bukan keyakinan yang keliru seperti mendakwa Allah di mana-mana dan menafikan / mentakwilkan sifat-sifat-Nya. Maksud beramal soleh adalah beramal sesuai dengan sunnah Nabi s.a.w., bukan amalan yang bid'ah atau bercampur aduk antara sunnah dan bid'ah. Atas sebab ayat 55 surah an-Nur inilah, kami Ahli Sunnah lebih memberi fokus kepada dakwah iman dan sunnah. Bukan kerana kami tidak pandang penting urusan pemerintah, tetapi kerana kami menyakini bahawa Allah hanya akan berikan pemerintah yang selari dengan keadaan iman dan amal soleh rakyat.