'Abdullah ibn 'Umar r.a. menceritakan,

إِنْ كُنَّا لَنَعُدُّ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَجْلِسِ الْوَاحِدِ مِائَةَ مَرَّةٍ

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ.

Sesungguhnya kami menghitung Rasulullah s.a.w. apabila dalam satu majlis, baginda mengucapkan seratus kali,

"Robbighfirli wa tub 'alaiya, innaka antattawwabur rahim".

(Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 1295/1516)

------

Maksud lafaz istighfar di atas,

"Wahai Tuhan-ku, ampunilah aku. Aku bertaubat kepada-Mu. Sesungguhnya Engkau, Engkaulah Penerima taubat lagi Maha Mengasihi."

------

Maksud majlis adalah duduk-duduk, tidak semestinya majlis rasmi seperti majlis perkahwinan.

Ringkasnya apabila saja baginda duduk dan berkesempatan, baginda akan beristighfar 100 kali.

Pada masa kini, ia boleh merujuk kepada duduk menunggu bas, duduk dalam komuter / LRT, duduk memandu dan lain-lain.

Selain itu berzikir dan beristighfar tidak semestinya ketika duduk sahaja. Boleh saja ketika berjalan atau bersama aktiviti lain.

Asalkan sambil zikir dan istighfar, ada penghayatan tentang maksudnya.