Assalaamu`alaikom wa rahmatullahi wabarokaatuh

Dimaklumkan satu eBuku baru bertajuk Fiqh Harta: Satu Pengenalan telah dimuat naik. Buku ini amat menarik kerana, seperti biasa, ulasan yang diberikan adalah menyeluruh dan menyentuh hampir kesemua aspek walaupun ia hanyalah satu pengenalan. 

Antara lain disentuh tentang perihal mencari, meyimpan dan membelanjakan harta dalam rangka memberikan panduan kepada pembaca dari sudut tersebut. Lebih menarik lagi dalam ruangan bagaimana melabur harta, pembaca diperkenalkan dengan satu konsep baru iaitu pelaburan Islam dari al-Qur'an dan Sunnah.

Untuk mendapat manfaat daripada penulisan ini, sila layari laman eBuku.

Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wabarokaatuh