Assalaamu`alaikom wa rahmatulaahi wa barokaatuh

Dimaklumkan kepada semua satu e-buku baru bertajuk Pengenalan Ringkas Kepada Ilmu Ushul al-Tafsir telah dimuat naik.E-buku ini merupakan pengenalan ringkas hasil penulisan al-Shaikh Muhammad bin Shalih al-'Utsaimin, terjemahan Ustaz Fadlan Mohd. Othman dan suntingan Kapten Hafiz Firdaus Abdullah.

Buku ini tidak terus menjurus kepada ilmu al-Tafsir tetapi dimulakan dengan perbincangan tentang al-Qur'an bagi memastikan pemahaman tentang al-Qur'an itu sendiri telah dikuasai terlebih dahulu. Terkemudian barulah ilmu al-Tafsir itu diperkenalkan.

Sila layari laman E-buku untuk memulakan pengajian.

Wassalaamu`alaikom wa rahmatulaahi wa barokaatuh