Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

Dimaklumkan kepada pembaca budiman dua e-buku baru telah dimuat naik seperti berikut:

1) The Approach to Resolve Contradictory Prophetic Traditions

E-buku ini membincangkan percanggahan yang terdapat dalam sunnah Rasulullah sallallaahu`alaihi wa sallam.Ia dibahagikan kepada dua bahagian. Seperti biasa, adalah menjadi kewajipan bagi mana-mana perbincangan ilmiah untuk mempastikan pembaca benar-benar faham subjek yang menjadi perbincangan. Lalu bahagian pertama membincangkan apakah yang dimaksudkan dengan percanggahan dalam sunnah dan adakah percanggahan itu benar-benar ujud. Setelah kita memahami perkara ini, kemudiannya penulis membawa perbincangan selanjutnya kepada 20 contoh 'percanggahan'. Menariknya, kita dibawa untuk sama memahami langkah demi langkah bagaimana 'percanggahan' itu terjadi hinggalah kepada peleraian kepada 'percanggahan' tersebut. 

2) Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyah Wahabiyah - 73 Penilaian Semula ke atas Penilaian Zamihan Mat Zin al-Ghari
 
E-Buku kedua ini pula membentangkan apa yang dipanggil sebagai 'jenayah ilmiah' yang telah dilakukan oleh seorang penulis lain. Penulis membawa pembaca untuk menilai semula kefahaman dan penilaian penulisan penulis lain tersebut dengan membariskan 73 penilaian, yang mana perbincangan dilakukan secara berasingan, dibahagikan mengikut bab-bab tertentu. Alhamdolillah penyampaian perbincangan amat mudah difahami kerana penyampaian dan bahasa yang mudah dugunakan.
 
Sila layari laman e-Buku untuk mula mengambil manfaat daripada kedua-dua e-Buku ini.
 
Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh