AAJ mungkin berjenaka ketika menulis keinginannya untuk interrogate hantu. Namun ketahuilah, jenaka yang dibuatnya itu memiliki kesan kepada aqidah seorang Muslim.

Pautan kepada tulisan AAJ boleh dirujuk di ruangan komen di bawah.

Ulasan saya:

[1]

AAJ ingin bertanya kepada hantu, "Apakah sebenarnya agama yang paling benar?"

Soalan ini sebenarnya tidak perlu ditanya kerana Allah s.w.t. telah berfirman,

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ

Sesungguhnya agama di sisi Allâh ialah Islam [Ali ‘Imrân/3:19]

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Dan sesiapa mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima dan di Akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi. [Ali ‘Imrân/3:85]

[2]

AAJ ingin bertanya kepada hantu kerana, "Sebabnya kan hantu ni menurut kata orang, adalah roh orang mati yang berkeliaran. Kalau dia dah mati, mesti dia dah pernah masuk kubur, mesti dia dah pernah hadap alam barzakh, mesti dia dah tahu Tuhan apa yang paling benar."

Ketahuilah bahawa apabila roh memasuki Alam Barzakh, ia tidak akan lagi kembali ke dunia. Ini kerana barzakh bermaksud dinding atau tembok yang memisahkannya dengan alam dunia.

Ini berdasarkan firman Allah s.w.t.,

حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ

لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلَّا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ

Sehingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka, dia berkata: “Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang telah aku tinggalkan.”

Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan. [al-Mu'minun 23:99-100]

 

[3]

Jika ada "orang mati yang kembali ke dunia" maka itu bukanlah roh orang mati, tetapi jin qarin yang mendampingi orang tersebut ketika hidup dahulu.

Apabila manusia mati, jasadnya masuk kubur, ruhnya masuk Alam Barzakh tetapi qarinnya masih di alam dunia.

Lebih lanjut tentang qarin dan bagaimana ia dapat mengganggu manusia, sila rujuk buku saya "Sunnah Nabi Dalam Menangani Gangguan Makhluk Ghaib". Pautannya di ruangan komen di bawah.

 

[4]

Kita tidak perlu interrogate hantu untuk mengetahui perkara-perkara aqidah. Ini kerana aqidah itu sendiri bermaksud keyakinan seseorang terhadap perkara-perkara yang tidak dapat dicapai oleh indera manusia.

Oleh itu meskipun hantu berjaya cerita perkara-perkara aqidah, ia tetap terpulang kepada seseorang itu untuk yakin atau tidak.

Apa yang menghairankan, kenapakah AAJ perlu tanya kepada hantu?

Apakah dia tidak cukup yakin kepada apa yang telah diterangkan oleh al-Qur'an dan hadis-hadis sahih?

 

[5]

Sebenarnya dalam al-Qur'an telah ada kisah orang yang telah mati dan masuk ke Alam Barzakh. Allah menceritakan kisah penyesalan mereka,

حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ

لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ

Sehingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka, dia berkata: “Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan.” [al-Mu'minun 23:99-100]

Bahkan penyesalan juga berlaku beberapa detik sebelum kematian,

وأَنفِقُوا مِن مَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ

رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِينَ

Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata:

"Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang soleh?" [al-Munafiqun 63:10]

 

[6]

Perkara aqidah bukan untuk dijadikan jenaka meskipun niat bukan untuk berjenaka. Bahkan meskipun niat hanya untuk "biasa-biasa" atau "cuba-cuba".

Bertanyakan nombor ekor misalnya, ia termasuk dalam kategori bertanya tentang perkara ghaib. Tentang hal ini Rasulullah s.a.w. memberi amaran,

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً.

Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya kepada dia sesuatu maka tidak akan diterima solatnya selama empat puluh malam. [Shahih Muslim, no.: 2230]

Dalam hadis di atas, Rasulullah melarang bertanya kepada orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib tanpa mengambil kira apa niat kita untuk bertanya dan apakah kita akan percaya atau tidak kepada ramalan orang tersebut.

 

[7]

Apabila motor mengikuti rapat kenderaan AAJ, ketahuilah bahawa penunggang motor ingin mengambil manfaat daripada "slipstream" di belakang kenderaan.

"Slipstream" ini mengurangkan rintangan udara sehingga dapat menjimatkan petrol dan mengurangkan kesan "tamparan angin" di mukanya.

Justeru apabila AAJ menyebut, "Bodoh punya hantu", saya terfikir siapakah yang sebenarnya bodoh.

 

Pautan kepada tulisan asal AAJ di FB:

FB Asiah Abdul Jalil - #8