Menonton video di bawah, ada perkara yang ingin saya perbetulkan.

 

Dalam minit 3.18, dinyatakan bahawa al-Qur'an tidak menyatakan sebab (kenapa babi haram untuk dimakan).

Sebenarnya sebab ia diharamkan ada disebut dalam al-Qur'an:

 

قُل لَّا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَن يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَّسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ ...

Katakanlah: "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor...." (al-An'aam 6:145)

 

Perkataan "rijs" memiliki banyak makna, seperti najis, kotoran, keji, dosa, azab, kemurkaan Allah, mengikut konteks ayat. Adapun bagi ayat 145 surah al-An'aam, ia bermaksud najis atau kotoran. Maka sebab Allah melarang kita makan khinzir adalah kerana ia najis atau kotoran.

Perkara ini telah saya PM kepada Bro. Lim Jooi Soon dan beliau telah ambil maklum.