HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama arrow Kolum Bulanan arrow Dara.com arrow Mutiara Do'a
Mutiara Do'a
Dis 2011 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Wednesday, 04 January 2012

Mutiara Doa

 

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat 
dan peliharalah kami dari azab Neraka.

 

 

Beberapa pengajaran doa:

  • Ketika melaksanakan ibadah Haji, ada di antara umat Islam yang hanya mendoakan kebaikan urusan dunia mereka sahaja. Selain itu ada yang berdoa dengan doa di atas, lalu doa inilah yang dinyatakan betul lagi baik oleh Allah. Allah berfirman kepada mereka yang berdoa dengan doa di atas: Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan dan Allah amat cepat hitungan-Nya. [al-Baqarah 2:202]
  • Kerap kali apabila berdoa, kita hanya meminta apa yang berkaitan dengan dunia seperti lulus peperiksaan, mendapat kerja yang baik, mendapat pasangan hidup (suami) yang shalih dan cepat kaya. Amat sedikit yang berdoa tentang kebaikan di Hari Akhirat.
  • Pada waktu yang sama, ada juga yang hanya meminta apa yang berkaitan dengan Akhirat seperti pahala dan syurga sambil mengabai atau memandang remeh kehidupan di dunia.
  • Doa ini mengajar kita bahawa sikap yang benar ialah mendoakan kebaikan kedua-dua dunia dan akhirat.
  • Doa yang umum tetapi ringkas ini sesuai dibaca pada bila-bila masa dan ia merupakan sebaik-baik doa apabila kita sendiri kadang-kala tidak tahu apa hendak berdoa kepada Allah.

Be first to comment this article | Add as favourites (26) | Quote this article on your site | Views: 163

 
Nov 2011 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Thursday, 01 December 2011

Mutiara Doa: Menjauhi Keraguan.

 

“(Allah), Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zhahir dan Yang Batin,  

dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.”

 

Beberapa Pengajaran Doa:

 

  1. Kadangkala diserang perasaan ragu atau was-was tentang Allah, Rasulullah dan beberapa perkara dari ajaran Islam. Ini adalah sesuatu yang biasa, hampir semua orang menghadapinya.
  2. Serangan ini adalah daripada syaitan, maka mohonlah perlindungan Allah dengan membaca “A’uzubillahi minash syaithan nirajim”.
  3. Jika keraguan itu adalah berkenaan Allah, maka bacalah doa di atas yang berasal dari al-Qur’an, yakni ayat ketiga dari surah al-Hadid. Apabila seseorang bertanya kepada Abdullah ibn ‘Abbas – seorang sahabat Rasulullah yang amat arif tentang al-Qur’an – berkenaan keraguan yang sering dihadapinya, beliau mengajarnya untuk membaca ayat di atas sebagai doa. [Shahih Sunan Abu Daud, no: 5110]
  4. Cara lain untuk menjauhi keraguan atau was-was ialah memperbanyakkan kajian dan bacaan tentang Islam. Syaitan hanya berani mengganggu mereka yang lemah ilmunya dan takut kepada mereka yang tinggi ilmunya.

 

Be first to comment this article | Add as favourites (32) | Quote this article on your site | Views: 174

 
Okt 2011 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Friday, 04 November 2011

Mutiara Doa.

 

Ya Allah! Tuhan pemilik seruan azan yang sempurna ini dan solat yang akan didirikan.
Berikanlah kepada (Nabi) Muhammad wasilah dan keutamaan serta bangkitkanlah baginda (di Hari Akhirat kelak) pada kedudukan yang terpuji sebagaimana yang telah Engkau janjikan.

 

 

Beberapa pengajaran doa:

  • Setelah kita mempelajari dalam edisi Dara.com yang lepas doa-doa di antara azan, maka berikut adalah doa yang dibaca apabila selesai azan.
  • Rasulullah bersabda, sesiapa berdoa selepas mendengar azan dengan doa di atas, maka dia berhak mendapat syafa’at baginda di Hari Akhirat kelak. [Shahih al-Bukhari, no: 579]
  • Dianjurkan juga membaca selawat ke atas Rasulullah di akhir doa di atas, iaitu: “Ya Allah, berselawatlah ke atas Muhammad dan ke atas ahli keluarga Muhammad.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 523] 
  • Setelah berdoa dengan doa di atas dan berselawat ke atas Rasulullah, maka bolehlah berdoa apa jua yang dikehendaki. Ini kerana tempoh di antara azan dan iqamah merupakan saat mustajab untuk berdoa. Rasulullah menekankan: Sesungguhnya doa tidak ditolak antara azan dan iqamah, oleh itu berdoalah (kalian). [Musnad Ahmad, no: 12584 dengan sanad sahih]

Be first to comment this article | Add as favourites (31) | Quote this article on your site | Views: 199

 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kemudian > Akhir >>

Keputusan 1 - 3 terhadap 37
 
 

Statistik

822,436Visitors:
631Visitors today:
825Visitors yesterday:
352.47Visitors per day: Ø
3,810,383Page views:
2,981Page views today:
3,721Page views yesterday:
1,632.99Page views per day: Ø
4.63Page views per visitor: Ø
2,864Page views this page:
62Your own page views:
max.
64Max. online:
2009-05-21, 14:45:31at (date):
1,334Max. visitors per day:
2010-08-11at (date):
21,487Max. page views per day:
2010-08-19at (date):
 
2007-11-13Statistics started:
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.