Soalan:

Apakah binatang yang ditembak halal untuk kita makan sebelum ia disembelih? Atau adakah itu dikira sebagai bangkai?

Izreenah, Kota Baharu, Kelantan.

 

Jawapan:

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda tentang cara buruan: Jika engkau melepas panahmu, maka sebutlah bismillah. Jika ia (binatang yang diburu) hilang darimu sehari, lalu engkau tidak dapati (sebab kematian) padanya kecuali panahmu sahaja, maka makanlah haiwan buruan tersebut jika engkau mahu. Jika engkau mendapatinya mati tenggelam di air, maka janganlah memakannya (kerana ia mati atas sebab selain panahmu). [Shahih Muslim, no: 3565/1929]

Hadis di atas mengajar hukum dan cara berburu dengan panah. Berdasarkan analogi (qiyas), hukumnya sama dengan berburu menggunakan senapang. Sebelum menembak, hendaklah membaca Bismillah. Selepas itu, jika ternyata haiwan itu mati kerana tembakan, maka ia halal dimakan. Jika haiwan itu mati kerana sebab-sebab lain seperti tenggelam atau jatuh ke dalam lubang, maka ia tidak dihalal dimakan. Jika haiwan itu cedera tetapi belum mati, maka sembelihlah seperti biasa.