Article Index

 2005 - THTL #1

1. Buku Putih alIbanah Imam asl'Asy'ari
Terbitan atTibyan, Solo (tanpa tarikh)

Peneliti: Syaikh Hammad bin Muhammad alAnsyari (Universitas Riyadh)
Muqaddimah: Syaikh Abd Aziz bin Baz, Mantan Mufti KSA
Syaikh Ismail alAnsyari, Penasihat Lajnah Fatwa, Buhuth dan ifta' KSA

Sinopsis: Kitab alIbanah an Usyul alDiyanah adalah bukti SALAFnya Imam Abu Hasan alAsy'ari yg fahamanya di kenali dgn faham asya'ariyah. Buku ini adalah selepas beliau taubat dari aqeedah Muktazilah dan menolak aqeedah asy'ariyah yg difahami selama ini. Dalam kitab alIbanah ini adalah akidah sejati Imam Asy'ari.


Bagi yg beraqeedah asy'ariyah, dapatkan buku ini segera.

Harga: RM 29.80, tebal: 251 ms


2. Fiqh Minoritas: Fatwa Kontemporer terhadap kehidupan kaum Muslimin di tengah masyarakat Non-Muslim
Penulis: Dr alImam Yusof alQardhawi
Penerbit: PT Zikrul Hakim, Jakarta Timur
Okt 2004

Jodol Arabic: Fi Fiqh alAqalliyat alMuslimah

Sinopsis:
Kali ini Dr Qardhawi menghasilkan garispanduan bagaimana Muslim yg hidup di dalam negara kafir sebagai minoriti hidup sebagai warganegara dan diwaktu yg sama ingin menghayati Islam semaksima mungkin.

Terdapat banyak fatwa2 baru yg tidak pernah dikeluarkan sebelum ini. Juga fatwa mengenai hukum mengucapkan Merry Chrismas kepada kaum majoriti di Eropah.

RM: 28.80, ms: 273



3. Fleksibilitas Hukum Bersuci: Mengusap Kaus Kaki

Pengarang: Imam Jamaluddin alQosimi alDimasyq
Muhaqqiq: alMuhaddith Nasr adDin alAlbani

Penerbit: Pustaka Azzam
Oktober 2004

Jodol arabic: alMashu 'ala Jaurabain

Bagi peminat alMuhaddith alAlbani, ini adalah termasuk hasil tahqiq beliau yg perlu dimiliki.

Sinopsis: Buku ini akan menjawab segala kegelisahan anda mengenai hukum menyapu khuf, sepatu, selipar dan stokin yg banyak dipersoalkan hari ini.

Harga: 13.50 ms: 136


4. Jilbab: Pakaian Wanita Muslimah (Pandangan Ulama masa lalu dan Cendekiawan Kontemporer
Pengarang: Prof Dr M Quraish Shihab, Rektor, IAIN Hidayatullah, Jakarta, juga Penulis tamu di Harian Umum Republika
Penerbit: Lentera Hati, Ciputat
Edisi pertama Julai 2004

RM 29.80, Ms: 176

Sinopsis: Saya kira ini adalah buku yg paling lengkap dan komprehensif mengenai tajuk jilbab. Ia menghimpunkan semua pendapat baik yg ketat, sederhana dan longgar dari zaman klasik, kejatuhan Islam dan masa sekarang, termasuk tokoh yg liberal dan kontroversi spt Qasim Amin. Saya rasa dengan memiliki kitab ini, anda tidak goyah lagi menghadapi segala polemik mengenai jilbab.

Komen: harganya agak mahal utk umum
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


5. Kumpulan Tanya jawab Quraish Shihab: Mistik, Seks dan Ibadah
Pengarang: Prof Dr M Quraish Shihab, harian Republika
Penerbit: Republika, Jakarta
Edisi pertama Sept 2004

RM 19.80, Ms: 186

Sinopsis: Ini merupakan siri Pertama soal-jawab Dr Quraish di terbitkan oleh penerbit Republika. Sebelum ini siri soal-jawab DR Shihab diterbitkan oleh PT Mizan sebanyak 5 jilid. Jika dicampur kesemuanya, ini adalah Jilid ke 6 siri soaljawab beliau yg dibukukan hasil kompilasi soaljawab di harian Umum Republika (akhbar).

Kompilasi soaljawab dalam siri terbaru ini amat menarik sekali kerana memuatkan isu2 yg panas dan latest termasuk Oral seks, panggilan Habib (tariqat di Singapore dan Indonesia), pasaran
saham, isu murtad, Yasin sebagai jantung Qur:an...dsbnya.
~~~~~~~~~~~~~~


6. Mengenal sisi Hitam & Putih Hati Manusia
Pengarang: Imam alHakim Abu 'Isa atTermidzi (w. 320H)
Muhaqqeeq (peneliti): Prof Dr Ahmad asSaayih & Prof Dr Ahmad Awadh
Penerbit: PT Mustaqeem, Jakarta selatan
Edisi pertama: Augustus 2004

Judul arabic: Ghaurul Umuur

Sinopsis:Kitab ini amat susah diperolehi kerana ujud dalam bentuk manuskrip dan telah ditahqeeq oleh dua orang professor Mesir. Buku ini adalah buku alHakim atTermidzi yg membicarakan ulum tasawwuf dari kacamata seorang ahli hadis yg terkenal. Dalam kitab ini alHakim atTermidzi membicarakan segala yg anda ingin tahu mengenai hati, sifat nafs, sifat Iblis dan ciri2 manusia.

RM : 19.80 ms: 192



7. Jodol: Do'a & Zikir Kesaharian Haji dan Umrah (dari AQ dan Sunnah)
Pengarang: Ibn Ism alMajdi dari JogJakarta (murid Ust Yazid Jawas)
Pustaka Ibn Kathir, Bogor (Pustaka yg pertama kali kita dengar)
Edisi: Pertama, Nov 2004

Ia menghimpun manasik Haji dari kitab2 salaf terutama dari Imam alAlbani, dan Masyaikh KSA spt alHilali , alQahtani dan Abi Ubaydah. Format dan lay-out nya amat mudah dan baik sekali dijadikan hadiah kepada bakal-bakal Haji

Sinopsis: Ia menjelaskan tasawwur Haji, bagaimana bermula dari turun rumah, naik kapalterbang dan hingga pulang semula. Semuanya dari dalil-dalil yg autentik sahaja. Walaupun banyak kitab2 Haji dlm pasaran, edisi pocket ini amat baik sekali.

RM 19.80. Ms: 206



8. Jodol: Bagaimana Sepulang Haji?
Pengarang:
Abdurrahman alMukaffi (ilmuan manhaj salafi Indonesia)
Penerbit: PT Darul Falah, Jakarta
Edisi: 1/Oct 2004

Sinopsis: Jika banyak kitab menceritakan perihal kaifiat manasik Haji, kitab ini fokus kepada pasca Haji. Bagaimana untuk mengekalkan prestasi
diri dan amal selepas kembali dari Tanah Suci. Ia menghimbau impak Haji pada setiap ritual dan petanda orang yg mendapat haji mabrur.

RM 17.80; MS: 265



9. Jodol: Mengapa Wanita Berbuat Zalim dan dizalimi?
Pengarang: Dr Mahmud Fu'ad atThabbakh
Penerbit: Cendekia Sentra Muslim, Jakarta Selatan
Jodol arabic:
Kayfa yakun Zulm alMar-ah
Penerbit: Darul A'lam, Jordan

Sinopsis: Kitab ini membicarakan isu2 wanita kontemporer yg juga melanda dunia Arab spt hak2 wanita, kebebasan, pendidikan, kerjaya, fesyen, sport, jihad, politik, dan dan kesan global ke atas wanita.

RM 19.80 ms: 208


10. Jodol: Tafsir Ibn Katheer Jld 7

Penerbit: Pustaka Imam Syafi'iy
Edisi 1, Oct 2004
Juz 23 - 27, 642 halaman. Harga RM 135/=
Kulit keras (hardcover)


Judul Asal: Lubab Tafsir min Ibn Katheer
Tahqeeq: Dr Abdullah alSyaikh
Penerbit asal: Mu'asassah Dar alHilal, alQaherah (1994)



11. Jodol: Fatwa-fatwa Terkini 3
Penerbit: Darul Haq
Edisi 1. Sept 2004

Ini adalah himpunan fatawa Ulama' Bilaad alHaram (KSA)yg dhimpunkan oleh Syaikh Khalid alJuraisy

Penerbit asal: Mu'asassah alJuraisy, Riyadh, 1999

Fatawa kali merangkungi topik2 berikut:
-pakaian
-patung/lukisan
-musik dan seni
-ruqyah (mimpi)
-sihir
-jinn
- Adab
- kebaktian kepada dua ibubapa
- adab berbicara

RM 69.80 (kulit keras), ms: 672



12. Jodol: Fathul Bari Jld 10
oleh alImam alHafeedz Ibn Hajar alAsqolani
Muhaqqeq: alSyaikh Abdullah ben Baz

Penerbit Indonesia: Pustaka Azzam
Edisi 1, Oct 2004

Penerbit KSA: Pustaka Darussalam (1997)

Kandungan Jld 10:
Umrah
Muhsyar (orang yg terhalang)
Jaza'isy syaid
Fadhail Madinah

RM 49.80 (hardcover). Ms 408



13. Jodol: Risalah Bid'ah
Pengarang: Ust alMuhaddith Abd Hakim bin Amir Abdat (Abu Unaisah)
Edisi 2, Pustaka Abdullah Jakarta. April 2004
RM 49.80 (Kulit keras) ms: 355 halaman

Sinopsis:
Buku ini adalah Siri Pertama dalam siri karya Syaikh Abdul Hakim, seorang ahli hadis Indonesia yg terkenal membawa manhaj salaf atau ahli Hadis dan athar. Ia menyenaraikan 563 Bid'ah-bid'ah dari Aqeedah hingga ke pertubuhan Politik, Hizbiyah dan aliran2 yg
membawa bid'ah. tapi syarahnya agak ringkas dan ada bid'ah itu yg tidak disyarahnya. Dalam 563 senarai bid'ah itu ada beberapa pembid'ahannya yg masih boleh dipertikaikan terutama dalam bab aliran dan firqah atau hizbiyah.

 


14. Hak-hak perempuan : relasi jender menurut Tafsir alSya'rawi

Pengarang: Dr Hj Istibsyaroh SH MA
Edisi 1, Sept 2004
Penerbit: Penerbit Teraju, Jakarta Selatan
RM 27.80, tebal: 226 halaman

Sinopsis:
Dr Istibsyaroh menghimpunkan fatwa, pendapat dan buah fikiran Prof alSya'rawi (wafat 1998) dari Tafsirnya ; Tafsir alSya'rawi yg disiapkan dalam tempoh 25 tahun. Tafsir ini adalah tafsir ilmiah spt juga tafsir alManar dan tafsir alMaraghi.

Apa yg dhimpunkan oleh pengarang ialah mengenai wanita secara keluruhannya meliputi gender, feminisme, hak2 wanita, perkahwinan dan hak dan peranan wanita dalam politik.
 


15. Jodol: Allah Sang Wujud: Hakikat atas Entitas Ciptaan-Nya
Pengarang: Dr Yusof alQardhawi
Penterjemah: Salleh Mahfoud
Penerbit: Risalah Gusti
Cetakan 1, Sept 2004

RM 13.80. Tebal: 184
Jodol Arabic: WujuduLlah
Penerbit asal: Maktabah Wahbah, Cairo

Sinopsis:
Buku nipis ini adalah bahan untuk sukatan program diploma dan perguruan agama di Univ Emirates dan Qatar dalam matapelajaran Aqidah atau tawhid. Maka buku ini mengupas inti Tawhid iaitu WujuduLlah atau Hakikat Wujud Allah. Maka Dr Qardhawi membahas
menggunakan dalil Naqli dan akli yg diambil dari penemuan2 sains modern muttakhir untuk mengukuhkan hakikah keujudan Allah SWT.
 

16. Jodol: Menguji Keaslian Hadis-Hadis hukum: Sanggahan atas 'The Origins of Muhammadan Jurisprudence Joseph Schact'  atau Asal usyul Fiqih Muhammadi atau Ulum Hadis sebagai sumber Hukum ke 2 selepas AQ.
Pengarang: Prof Dr M M Azami,  Universiti alMalik Saud, Riyadh, KSA
Jodol asal (English): o­n Schact's Origins of muhammadan Jurisprudence
Penerbit: Pustaka Firdaus, Jakarta
Edisi 1; Sept 2004
Penterjemah: Asrofi Shodri
Penerbit Asal: Universitas King Saud Riyadh
RM: 27.80, halaman: 317
Sinopsis: Buku ini adalah karya seorang Prof Hadis di Univerisiti Raja Saud, KSA menyanggah karya kitab suci kedua mengenai Islam di Barat karya Prof Schact (lahir 1902) yg berjodol  " The Origins of Muhammadan Jurisprudence" yg diterbitkan di Jerman pada tahun 1950. Dalam buku ini Schact ingin membuktikan hadis adalah bikinan abad ke 2 dan ke 3.
Ini buku susulan Prof MM Azami iaitu " Studies in Early hadith literature" (juga sudah diterjemahkan dalam bahasa Indonesia). Kitab suci Barat yg pertama ialah karya Goldziher (lahir 1850) yg berjodol Muhammadanische Studien.
17. Jodol: Sujud Syukur
Pengarang: Syaikh Yusof bin Abdul Aziz ath Thuraifi, KSA
Penerbit asal: Dar anNasyr wa Tawzi', KSA (1422H)
Judul asli: Sujud asySyukr: Hikamuhu wa Ahkamuh
Penerbit Indonesia: PT Darul Falah
penterjemah: Abd Rosyad Siddiq
Edisi: 1, Oct 2004
RM 11.80. Halaman: 183
Sinopsis: Pengarang adalah murid kepada mantan Mufti KSA, Syaikh Abdul Aziz alSyaikh
Kitab ini membicarakan falsafah, dasar2 dan Hukum2 Fiqih yg lengkap mengenai Sujud Syukur. Dengan memiliki kitab ini, semua yg anda ingin tahu mengenai Sujud Syukur akan beres.
18. Jodol: Mengenal Nabi SAW dari Dekat
Pengarang: Dr Muhammad Rawwas Qal'ah
Penerbit asal: Dar alNafa'si, Beirut (1996)
Penerbit Indon: PT Idea Pustaka (Bogor)
Edisi 1; Oct 2004
RM 26.80, Ms 291
Sinopsis: Ia merupakan sebuah kitab Seerah Nabawi yg unik kerana mengambil approach Barat dalam penulisan bibliografi tokoh, apa yg dinamakan UP, CLOSE AND PERSONAL (mengenali tokoh dari dekat bahkan teramat dekat).  Ia membawa pembaca mendekati Nabi saw dari aspek kemanusiannya, kejiwaanya (psikologinya), dan bagaimana baginda berinteraksi dalam kehidupan harian sebagai ketua keluarga, tokoh masyarakat dan tokoh politik.



19. Jodol: Penjelasan Hal-hal yang Wajib diketahui oleh setiap Muslim dan Muslimat
Pengarang: Ibrahim bin asySyaikh Salih bin Ahmad alKhuraishi, KSA
Penerbit: Dar asSyuma'iy, Riyadh, KSA
Edisi 3, 1997 M
[Jodol Arabic: atTanbihat alMukhtasyarah alWaajibat alMuhattimat al Ma'rifah 'ala kulli Muslim wa Muslimah.]
Penerbit Indon:  Pustaka Imam Syafi'iy, Bogor
Penterjemah: M Abdul Ghoffar
Edisi 1, Ogos 2004
RM 33.80 Halaman: 295
Sinopsis: Syaikh Ibrahim alKhuraishi adalah murid kepada Syaikh Abdullah bin Ibrahim alQa'rawi, pengarang asal kitab "alWaajibaat alMutahattimaat". Maka apa yg beliau lakukan ialah membuat syarah kepada kitab Wajibat tsb. Kitab wajibat ialah kitab fardhu 'Ain di Arab Saudi dalam Kitab Tawhid karangan asal alImam alMujaddid Muhammad Abdul Wahab.
Jika orang Melayu berbangga dgn kitab syarah Sifat 20, maka inilah syarh  kitab Tawheed dari KSA berdasarkan minhaj salaf.
20. Jodol: Seleksi Sirah Nabawiyyah: Studi Kritis Muhadditsin terhadap riwayat Dha'ef
Pengarang: Dr Akram Dhiya' alUmuri
Penerbit: Maktabah Arbikan, KSA (1995)
[Jodol arabic: AsSiirah anNabawiyyah asSahihah-Muwahalah li Tathbiq Qawaid alMuhadditsin fi Naqdi alSirah anNabawiyah]
Penerbit Indon: Darul Falah (2004)
RM 99.80; Halaman: 819 (hardcover)
Sinopsis: Ini adalah seerah Nabawi yg sahih-sahih sahaja. Semua riwayat Dha'ef telah ditapis dan kisah2 yg syubhat telah dicerahkan.
21. Jodol : Sejarah Nabi Muhammad saw
Pengarang: alHafeedz Ibn Katheer
Jodol arabic: alFusyul fi Sirah arRasuul Ibn Katheer
Penerbit: atTibyan (2004)
RM: 32.80, halaman: 303ms
Sinopsis: Ini adalah terjemahan kitab Seerah versi alhafeedz Ibn Katheer.  Spt yg kita ketahui metod Ibn Katheer ialah metod hadis dan atsar
Baik sekali utk koleksi kitab2 siirah Nabawiyah.


22. Jodol: Puasa Sunnah: Hukum dan Keutamaannya
Pengarang: Usama Abdul Aziz
Penerbit: Dar adDhiya', Tantha, Republik Arab Mesir
Penerbit Indon: PT Darul Haq, Jakarta
Edisi 1, Okt 2004
RM: 17.80 Halaman: 177
Sinopsis:  Ini adalah antara kitab mengenai Puasa Sunat yg terbaik. Ia mengupas semua isu dalam bab Fiqh Puasa Sunnah dari aspek Fadhilat dan hukum fiqihnya dari manhaj Hadis dan atsar serta uslub tahqeeq (analitis kuat-lemah dalil).
23. Jodol: Sejarah Qawaid Fiqhiyah
Pengarang Indonesia: Dr Ahmad Sudirman Abbas
Penerbit: PT Pedoman Ilmu Jaya-AngloMedia Jakarta
Edisi 1; Sept 2004
RM 33.50, Tebal: 229 hal
Sinopsis: Ini sebuah buku lokal hasil karya Ilmuan Indonesia membicarakan Sejarah pertumbuhan ilmu Qawaid Fiqhiyyah bagi sesiapa yg ingin mendalami Ulum Fiqih [Tidak banyak yg kita ketahui mengenai kesarjanaan beliau]. Ia membicarakan kedudukan Qaedah Fiqhiyyah dalam syara'; perbedaan antara Qaedah Fiqh dan Usyool Fiqh dan senarai rujukan utama dalam Qawaid antaranya Asybah wan Nazair
24. Jodol: Qawaid Fiqhiyyah dalam Perspektif Islam
Pengarang: Dr Ahmad Sudirman Abbas (spt No 23)
Penerbit: PT Pedoman Ilmu Jaya
Edisi 1; Sept 2004
RM 29.80; tebal: 207 ms
Sinopsis: Ini adalah buku no 2 Dr Abbas dalam siri Qawaidnya. Kali iin beliau menghuraikan Lima Qawaid Fiqhiyah yg masyhur: spt alUmur bi maqosidiha, alYaqiin la Yuzalu bi sysyaqq.. Bagi yg ingin bertakhasssus (mendalami dan membuat pengkhususan dalam Ilmu Fiqih), maka ini adalah kitab yg perlu dimilikki.
 

25: Jodol: Amalan dan Waktu yg diberkahi
Pengarang: Dr Nashir bin Abdul Rahman alJuda'iy
Jodol arabic: alTabarruk: 'Anwa'uhu wa Ahkaamuh
Penerbit asal: Maktabah arRusyd, Riyadh, KSA
Edisi ke 2, tahun 1993
Penerbit Indon: PT Pustaka Ibn Katheer, Bogor
Edisi 1, Oct 2004
RM 26.80, Tebal: 196
Sinopsis: Inilah buku yg ditunggu-tunggu dalam bab Tabarruk yg amat gawat di rantau Nusantara. Tabarruk adalah amalan mengambil berkat yg kekadang diambil secara melampau sehingga menjadi khurafat dan merosakkan akidah umat. Kitab ini tampil tepat pada masanya menjelaskan amalan tabarruk yg sunni vs bid'iy dari minhaj salaf.
26. Jodol: Jangan Bersedih - Sesudah Kesulitan ada Kemudahan
Pengarang: Syaikh muhammad Abdul Athi Buhairi, Mesir
Jodol Arabic: La Tahzan, Inna Ma'a al 'Usyri Yusra
Penerbit asal: Maktabah Taufiqiyah, Cairo (tt)
Penerbit Indon: Pustaka alKauthar
Edisi 1, Oct 2004
RM 69.80; Tebal: 680 ms (hardcover)
Sinopsis: Inilah buku Motivasi versi Islam yg menjawab kitab bestseller Barat oleh Dale Carnegie: How to stop Worrying and Start Living (Bagaimana menghentikan kebimbangan dan memulai kehidupan). Kitab lain dalam tajuk ini ialah karya Syaikh Muhammad alGhazali, Jaddid Hayatak (Perbaharui Hidupmu) yg secara langsung mengadaptasi karya Carnegie ke dalam versi Islam. Tapi karya Syaikh Buhairi lebih detail dan menggunakan approach tafsir. Ini kerana motivasi supaya jangan bersedih ini diulang sebanyak 40X dalam alQur:an.
27. Jodol: Pesan-pesan RasuluLlah SAW untuk Mempelai
 Pengarang: Syaikh Majdi asSayyid
Penerbit Indon: Mitra Pustaka
Edisi 1, June 2004
RM 15.80; Halaman: 238 ms
Sinopsis: Ini adalah versi yg lebih detail dari kitab Adabul Zifaf karya alMuhaddith alAlbani. Kitab ini memang fokus khususnya pada Malam Pertama sahaja dari koleksi Hadis2 Nabawi. Amat ideal dijadikan Hadiah Perkahwinan untuk menjadikan malam pertama mereka suatu yg benar2 romantis menurut sunnah.