Soalan 5: 

Apakah bacaan yang patut diucapkan ketika bersin dan apakah hikmahnya?

Intan Azira Ismail, Kuala Kangsar, Perak.

 

Jawapan: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Maka apabila (seseorang itu) bersin, hendaklah dia memuji Allah (dengan mengucapkan alhamdulillah) dan merupakan kewajipan bagi setiap muslim (yang mendengar saudaranya bersin) untuk mendoakannya. Adapun menguap, maka ia tidak lain berasal daripada syaitan. Tahanlah ia semampu mungkin dan apabila (seseorang itu menguap mengeluarkan) bunyi “Haaa” maka ketawalah syaitan. [Shahih al-Bukhari, hadis no: 5755/6223]

Berdasarkan hadis ini, hendaklah mengucapkan “Alhamdulillah” apabila bersin. Hikmahnya adalah kerana bersin merupakan sesuatu yang disukai oleh Allah sebagaimana hadis di atas. Walau bagaimanapun, hadis di atas tidak menerangkan kenapa Allah menyukai bersin, maka kita menerima perkara ini dan beriman kepadanya tanpa bertanya lanjut. Lebih lanjut, sila rujuk tulisan saya yang berjudul “Adab Menguap Dan Bersin” yang disiarkan dalam Dara.com edisi November 2007. Ia boleh juga dicari dalam laman web saya www.hafizfirdaus.com