In fikrah yahoogroups, cikgu rahim wrote:

Sebenarnya perbedaan antara Islam dan agama-agama lain sgt jauh bedanya. Hanya Islam yg dpt mengemukakan penyelesaian kpd semua masalah hidup manusia, sejak dulu hingga Kiamat . Aqeedah tauhid yg jelas, fikrah yg meliputi seluruh bidang hidup manusia, ajarannya yg bersifat ilmiah dan saintifik adalah bukti yg nyata bahawa Islam agama yg hak. Dibandingkan dgn agama-agama lain, kedudukan Islam begitu tinggi sekali. Hanya manusia yg tidak sihat akalnya boleh menerima ajaran selain Islam.


Kristian adalah agama yg tidak sempurna. Bukan saja ajarannya sekadar menekankan ritual semata-mata, bahkan kepercayaan 'trinity' itu sukar bagi akal yg rasional menerimanya. Kristian tidak memberi jaminan apa-apa kepada kezaliman dan kemungkaran yg berlaku berleluasa dlm masyarakat. Sebab itulah Kristian ditolak di negara-negara yg majoritinya penganut Kristian. Mereka sekadar Kristian pada nama dan upacara saja.


Yang menjadi masalah kpd kita ialah dakyah Kristian yg begitu berleluasa di dunia ketiga (negara yang ramai muslimin). Ini mungkin ada udang disebalik batu. Dakyah ini disponsor oleh dunia Kritian antarabangsa. Majoriti umat Islam pula tidak memahami fikrah Islam yg asli. Mereka(muslimin), seperti Kristian, hanyalah Islam pada nama dan keturunan. Mereka tidak kenal aqeedah Islam seperti pendakyah Krisitan mengenali Islam.

---------------------


Komen THTL:

Walaupun pada dasarnya saya bersetuju dgn komen cikgu, tapi saya ingin menghalusi sikit supaya ia tidak terlalu syok sendiri dan sindrom tidak terpijak di alam nyata...Yang sebenarnya, Islam melihat agama dari dua perspektif: agama samawi dan agama ardhi.

Agama samawi ialah agama yg bersumberkan wahyu, termasuklah Judaism dan Kristian yg dikelaskan sebagai ahlil kitab suatu sebutan yg melambangkan dekatnya ia dgn Islam. Malah sembelihan mereka boleh dimakan dan wanita mereka yg baik boleh dinikahi.

Manakala agama ardhi ialah yg berasal dari bumi atau manusia sendiri, misalnya agama berhala dan animisme. Agama ardhi kedudukannya jauh dari agama samawi.


--------

Hanya manusia yg tidak sihat akalnya sahaja yg boleh menerima agama lain.

Komen THTL:

Sepintas lalu cikgu telah meletakkan seluruh manusia tidak sihat akal kerana menganut agama selain Islam. Ini satu blunt statement dan syok sendiri. Yang sebenarnya, kebanyakan manusia hari ini belum didedahkan lagi kepada Islam atau ada taghoot yg menutupi Islam dari sampai kepada mereka.

Propaganda Yahudi, bahawa Islam adalah agama ekstemis, pengganas dsbnya, menyebabkan mereka menjauhi Islam. Akal majoriti manusia masih sihat, cuma mereka tidak yakin Islam adalah agama yg benar berdasarkan kelakuan pemeluknya sekarang.

----------------

Sebab itulah Kristian ditolak di negara-negara yg majoritinya penganut Kristian. Mereka sekadar Kristian pada nama dan upacaranya saja.

Komen THTL:

Ini juga suatu analisa yg kurang tepat. Negara -negara Kristian pada hari ini tidak menolak Kristian, malah mereka mengukuhkan kristian dan Kristian termasuk ajaran agama yg bersifat missionary. Kristian dikukuhkan dalam kehidupan Barat dan dikembangkan keseluruh dunia secara jointventure dgn sekulerisme. Jika dahulu gereja menjadi tonggak masyarakat, sekarang gereja dikeluarkan dari arus perdana masyarakat tapi tidak bermakna pegangan Barat kepada gereja semakin merosot.

------------------


Yang menjadi masalah kpd kita ialah dakyah Kristian yg begitu berleluasa di dunia ketiga (negara yang ramai muslimin). Ini mungkin ada udang disebalik batu. Dakyah ini di sponsor oleh dunia Kritian antarabangsa. Majoriti umat Islam pula tidak memahami fikrah Islam yg asli. Mereka(muslimin), seperti Kristian, hanyalah Islam pada nama dan keturunan. Mereka tidak kenal aqeedah Islam seperti pendakyah Krisitan mengenali Islam.

Komen THTL:

Untuk pengetahuan cikgu...pertembungan antara Islam dan salibiyah bukanlah isu dzaan lagi, tapi ia mesti disorot kembali dari awal lagi bagaimana interaksi Nabi saw dgn ahlil kitab yg mendiami Medina, Khaibar, Palestine. Hinggalah ke zaman Umar alKhattab ra membuka Palestin dan keunggulan Salahuddin alAyyubi dalam siri perang salib yg panjang dan berdarah.