Menilai Tarikat dan Kesufian dgn Syari'at ALlah

 
Jodol: Menilai Tarikat dan Kesufian dgn Syari'at ALlah
 
Pengarang: Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Dosen Pengajian Islam, USM, Minden, PP (PhD UIAM (Hadis))
 
Edisi/cetakan: Pertama, 2004
 
Penerbit: Karya Bistari Sdn Bhd (ahli kumpulan Karangkraf)
 
Tebal:  72 ms ; Harga: RM 5.50
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Sinopsis
 

Buku nipis ini memaparkan faktor2 yg mengheret golongan tariqat ke kancah penyelewengan dan kesesatan. Dr MAZA telah menghimpunkan kenyataan para ulama' yg terbilang tentang bahayanya pegangan golongan tarikat. Antara faktot2 itu ialah menyerapnya ajaran/anasir2 dari pelbagai kepercayaan dan agama (Kristian, Yahudi, Majusi, Yunani, dan Hindu), pemisahan hakikat vs syari'at, murid vs mursyid, melampaui dalam berzuhud, antara lain...
Dr MAZA menegaskan tujuan penulisan buku ini bukan bertujuan melancarkan kempen permusuhan kepada golongan tariqat, tapi sebenarnya membawa balik golongan yg asyik dilambung angin kerohanian dan telah melupakan nas-nas syara' kepangkuan Islam. Buku ini juga tidak ditujukan kepada golongan kesufian yg berpegang dgn AQ dan asSunnah.
 
Buku ini mengandungi 4 bab:
 
Bab 1: Pesanan Nabawi dalam mengelakkan kesesatan
Intipati: berpegang kpd sunnahku dan sunnah khulafaa' arRasyididn dan menjauhi setiap perkara yg diada-adakan (bid'ah).
 
Bab 2: Syarat Amalan soleh
Intipati: dibina di atas aqidah yg salimah, ikhlas lillah, dan tepat dgn AQ-Sunnah
 
Bab 3: Dua Asas yg mesti diketahui
asas 1: aspek keruhanian dan penyucian jiwa tidak pernah diabaikan oleh Islam (maka kenapa perlu bertariqat?)
asas 2: ajaran tariqat tidak pernah terlepas dari unsur2 yg diimpot dari agama lain
 
Bab 4: Faktur2 membawa ajaran tariqat dan tasawwuf kepada Penyelewengan
F1: Pengamal tariqat yg tidak bertanggungjawab terhadap kesahihan dan ketulinan
F2: Kecacatan dalam sumber dan pengambilan maklumat agama (manhaj talaqqi)
F3: Tafsiran semborono terhadap Nas
F4: Ghuluw/melampau dalam memuliakan syaikh mereka
 
Dapatkan segera buku ini utk memahami dunia tasawuuf dan tariqat dari seorang ilmuan tempatan yg semakin menonjol..dr MAZA