al-Firdaus :: kandungan :: rujukan & kajian

Ragam dan Kesilapan : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

 
 

Keempat: Salah rujukan pengarang kitab.

Ignaz Goldziher dalam bukunya History of Classical Arabic Literature, halaman  31[1]  menerangkan bahawa di zaman pemerintah Dinasti Umayyah, tidak ada hadis-hadis yang menyentuh hukum-hukum Islam, tetapi hanya sekadar yang berkaitan dengan akhlak, zuhud, akhirat dan politik. Dari penemuan ini Goldziher cuba mengisyaratkan bahawa hadis-hadis hukum tidak wujud di kurun pertama Islam.

Akan tetapi sayang sekali rumusan di atas dibuat oleh Golziher berdasarkan buku Kitab az-Zuhud karangan Asad bin Musa yang hidup di zaman Dinasti Abasiyyah. Beliau lahir pada tahun 132H dan meninggal pada tahun 212H. Kita tidak menolak kebolehan merujuk kepada kitab-kitab yang dihasilkan selepas zaman subjek yang ditulis, tetapi apabila rujukan digunakan untuk membuat tuduhan dan kritikan, maka adalah amat tidak tepat lagi tidak adil untuk merujuk kepada hasil kajian yang ditulis selepas zaman subjek yang dikritik. Apatah lagi sedia diketahui bahawa antara para pendukung Umayyah dan Abasiyyah sedia wujud konflik politik dan keinginan merampas kuasa. Maka adalah tidak menghairankan apabila hasil karya penulis di zaman Abasiyyah mengenai zaman Umayyah tidak mengandungi sebarang kebaikan kecuali yang negatif dan buruk.

Arus sebegini adalah satu kebiasaan di kalangan rujukan-rujukan yang dipilih oleh kalangan sarjana orientalis. Mereka cenderung memilih rujukan daripada penulis yang sedia diketahui berkonflik dengan subjek yang ia tulis. Tidak diketahui sama ada tindakan ini disengajakan oleh mereka atau tidak, tetapi yang pasti ia sering berlaku. Antara contoh lain ialah merujuk hasil karya penulis Syiah di zaman Umayyah padahal sedia diketahui wujudnya beberapa konflik antara kaum Syiah dan sebahagian pemimpin Umayyah di ketika itu. Oleh itu pasti sahaja ia mengandungi pelbagai kritikan negatif terhadap pola pimpinan Umayyah – khususnya kegiatan ilmiah dan agama di ketika itu. Tidak dikatakan bahawa semua penulis Syiah bersikap demikian - bahkan mungkin segelintir sahaja - tetapi bukankah merupakan satu penyelewengan ilmiah untuk membuat kajian di zaman Umayyah tanpa merujuk kepada sumber-sumber penulisan Umayyah itu sendiri ?  

 

Kelima:  Menafikan kebenaran kitab.

 



[1]               Dinukil dari buku Mustafa Azami - Hadis Nabawi dan Sejarah Kodifikasinya, ms 93

 

 

   

 

 
 

al-Firdaus :: kandungan :: rujukan & kajian