Mutiara Doa: Doa Keampunan Kepada Ibubapa. Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan; dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!” [Surah Nuh, ayat 28] Beberapa pengajaran doa: <!--[if !supportLists]-->1.      <!--[endif]-->Rasulullah s.a.w. pernah menerangkan keutamaan mendoakan keampunan kepada ibubapa: Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla menaikkan darjat seorang lelaki yang shalih di syurga, lalu dia bertanya: “Wahai Tuhan! Kenapakah saya mendapat kelebihan ini?” Dijawab: “Disebabkan permohonan ampun anak kamu kepada kamu.” (Musnad Ahmad, no: 10610 dengan sanad yang hasan). <!--[if !supportLists]-->2.      <!--[endif]-->Doa di atas boleh dibaca pada bila-bila masa, termasuklah selepas solat.