Mutiara Doa: Doa Berbuka Puasa. “Telah hilang rasa dahaga dan urat-urat telah basah serta pahala telah tetap, insya-Allah.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2066]

 

Beberapa pengajaran doa: <!--[if !supportLists]-->1.      <!--[endif]-->Apabila Rasulullah s.a.w. berbuka puasa, beliau membaca doa di atas. Maka ia merupakan sebaik-baik doa untuk kita amalkan ketika hendak berbuka. <!--[if !supportLists]-->2.      <!--[endif]-->Apabila sudah bersiap sedia di hadapan jamuan berbuka, Islam tidak mahu memberat-beratkan umatnya dengan doa yang panjang atau rumit. Maka memadai dengan doa yang ringkas di atas. <!--[if !supportLists]-->3.      <!--[endif]-->Doa ini dibaca secara berseorang, masing-masing membacanya sendirian. Ia tidak dibaca beramai-ramai di kalangan sahabat atau ahli keluarga yang hendak berbuka. Boleh membacanya dengan mengangkat tangan atau tanpa mengangkat tangan.