Soalan

Dosakah sekiranya saya menghalang suami dari membelikan hadiah untuk ibubapanya memandangkan kami sekeluarga berada dalam status kewangan yang agak terhad?

Aida, Kuala Terengganu, Terengganu.

Jawapan:

Saya kurang minat untuk berbincang tentang dosa atau tidak. Sebaliknya saya lebih berminat untuk menerangkan bahawa hadiah adalah satu bentuk sedekah dan sedekah tidak sekali-kali akan merugikan atau menjejas status kewangan keluarga puan. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidaklah sedekah itu menyusutkan harta (orang yang mensedekahkannya).” [Shahih Muslim, no: 2588]