Soalan

Apa hukum seorang muslimat yang bertudung tetapi memakai baju dan seluar yang ketat?

Ain, Gurun, Kedah.

 

Jawapan:

Menutup aurat yang dikehendaki oleh Islam bukan sekadar bertudung tetapi juga memakai pakaian longgar yang tidak menampakkan bentuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah ternampak seorang muslimat yang memakai pakaian yang menampakkan bentuk badan. Baginda menegur suami muslimat tersebut: “Suruhlah dia memakai baju dalam di sebaliknya kerana aku bimbang ia (pakaian yang dikenakan sekarang) menggambarkan bentuk badannya.” [Riwayat Ahmad dengan sanad hasan]. Dipersilakan merujuk buku saya berjudul Membongkar Aliran Islam Liberal terbitan Jahabersa, Johor Bahru. Di dalamnya ada sebuah bab yang menerangkan ciri-ciri pakaian seorang muslimat.