Soalan

Apakah berdosa jika seorang anak pergi menunaikan haji sebelum ibubapanya? Ibubapanya memang berhajat pergi menunaikan haji akan tetapi masih belum mampu dari sudut kewangan.

An, Bukit Minyak, Penang.

Jawapan:

Tidak berdosa kerana antara syarat wajib pergi haji ialah kemampuan masing-masing individu. Akan tetapi adalah lebih utama jika seorang anak yang mampu dari sudut kewangan menghantar ibubapanya pergi haji terlebih dahulu. Ia adalah satu pelaburan di sisi Allah yang pasti akan dibalas-Nya dengan kelebihan kewangan yang berkali ganda.