Soalan

Teknik menyambung rambut semakin popular pada masa kini. Saya ingin bertanya, apakah hukum menyambung rambut? Sahkah jika beribadat kerana rambut yang disambung tidak dapat dikenal pasti asal usulnya?

Juli, Pengkalan Balak, Melaka

Jawapan:

Menyambung rambut hukumnya haram berdasarkan hadis: “Rasulullah s.a.w melaknat wanita yang menyambung rambut dan yang meminta rambutnya disambungkan, serta wanita yang membuat tatu dan yang meminta ditatukan.” [Shahih al-Bukhari, no:5933] Sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia bertaubat dan mengubah kembali rambutnya kepada yang asal. Adapun ibadah bagi orang yang telah menyambung rambut, ibadahnya tetap sah. Dia mendapat pahala kerana ibadahnya, mendapat dosa kerana sambungan rambutnya. Demikian salah satu dari dua pendapat dalam persoalan ini. Tidak dibezakan asal usul rambut kerana ia bukan najis.