Soalan

Apakah yang dimaksudkan ujian daripada Allah dan bagaimana kita dapat mengenalinya?

Sarah, Petaling Jaya, Selangor.

Jawapan:        

Seluruh kehidupan ini adalah satu ujian sebagaimana firman Allah: “Dia-lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.” [Surah al-Mulk, ayat 2] Ujian itu tidak semestinya sesuatu yang buruk pada ukuran manusia, tetapi boleh jadi juga sesuatu yang baik lagi disenangi: “Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai fitnah.” [Surah al-Ankabut, ayat 35] 

Yang pentingnya, hendaklah kita melalui setiap ujian, sama ada baik atau buruk, mengikut garisan Islam. Jangan merasakan ujian itu hanya sesuatu yang buruk kerana: “Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." [Surah al-Baqarah, ayat 216]