Soalan Apakah hukum memakai gelang tangan atau kaki yang berloceng tanpa niat untuk menunjukkan-nunjuk? Jawapan: Hukumnya harus, dengan syarat ia ditutupi dengan pakaian apabila berhadapan dengan bukan mahram. Namun lebih baik jika tiada loceng kerana dibimbangi bunyi loceng tersebut tanpa disedari akan menarik perhatian lelaki ketika berlaku pergerakan.