Soalan:
Ada yang mengatakan insuran nyawa hukumnya haram. Apa pendapat kapten?

Rohani, Pasir Mas, Kelantan.

Jawapan:
Setakat ini saya tidak menemui bukti kukuh untuk mengatakan insuran nyawa adalah haram mahupun sunat atau wajib. Ia adalah sesuatu yang harus hukumnya dengan syarat sesiapa hendak mengambilnya hendaklah dipastikan ia diuruskan secara halal mengikut syari’at Islam. Insuran yang halal ini lazim disebut sebagai takaful. Pada masa kini ada beberapa syarikat yang menawarkan produk takaful, maka pilihlah mana-mana yang menawarkan perlindungan terbaik.