Soalan

Saya ada mempelajari silat dengan ilmu pertahanan diri tetapi masalahnya kebanyakan guru silat saya ialah lelaki sehingga adakalanya kami saling bersentuhan. Apakah hukumnya?

Farhani, Muar, Johor.


Jawapan:

Dalam sejarah dalam atau luar negara, sudah banyak laporan berkenaan ahli sukan wanita yang diperkosa oleh jurulatih lelaki mereka. Pada awalnya ahli sukan tersebut menerima lelaki itu sebagai semata-mata jurulatih, tetapi ternyata secara bertahap-tahap peranan jurulatih itu berubah menjadi jurumaksiat. Tidak semua guru silat lelaki berniat jahat, akan tetapi sebagai langkah berhati-hati adalah lebih selamat jika dicari jurulatih wanita agar apa yang pernah terjadi kepada ahli sukan wanita di atas tidak berlaku ke atas saudari. Apatah lagi dalam suasana saling bersentuh dalam latihan, ia akan menaikkan nafsu kedua-dua pihak hingga ilmu pertahanan diri beralih menjadi ilmu kepuasan nafsu.