Soalan:
Ketika berusia dua belas tahun, saya telah mengerjakan haji bersama-sama ibu bapa saya. Pada ketika itu saya masih mentah untuk memahami tentang ibadah haji. Pada pendapat kapten, perlukah saya mengulangi Rukun Islam yang kelima ini lagi sekali?

Ayu Kartika, Sabak Bernam, Selangor.


Jawapan:

Salah satu syarat sah ibadah ialah akil baligh. Maka jika anda telah mengalami putaran haidh ketika umur 12 tahun, ibadah haji itu adalah sah. Jika belum, maka anda mendapat pahala haji tetapi tetap perlu mengulanginya ketika sudah akil baligh. Adapun kefahaman di sebalik melaksanakan ibadah, ia adalah ciri keutamaan dan bukan syarat sah.