Soalan
Abang saya bekerja di kedaikek dan roti. Dia selalu bawa balik lebihan kek dan roti padahal majikan telah melarangnya. Jika tidak dibawa balik, roti atau kekitu akan dibuang. Apakah hukum kepada kami sekeluarga yang memakannya?

Zarin,Kuantan, Pahang.


Jawapan:

Dalam Islam terdapat kaedah,“Apabila bertembung dua mudarat, hendaklah diambil mudarat yang kecil dan dijauhimudarat yang besar”. Membawa balik lebihan kek dan roti adalah mudarat keranamenyalahi perintah majikan. Namun membiarkan kek dan roti itu rosak sehinggadibuang adalah mudarat yang lebih besar. Oleh itu dibolehkan membawanya balikuntuk dimakan berbanding membiarkannya rosak dan dibuang. Akan tetapi jika dapat dibincangdengan majikan agar melonggarkan syarat membalik lebihan kek dan roti memilikimanfaat yang lebih besar, maka hendaklah dicari ruang bagi mengusahakannya.