Soalan:

Apakah pandangan Islam tentang orang Islam yang minum air dengan menggunakan gelas yang berlambangkan minuman keras?

Ain Natasha, Georgetown, Pulau Pinang.

 

Jawapan:

Antara tuntutan Islam ke atas umatnya ialah menampilkan ciri-ciri dan tanda-tanda Islam, supaya agama Islam dan umatnya sentiasa dikenal pasti dan dirasai kehadirannya. Ini disebut sebagai syiar Islam. Firman Allah: Demikianlah (ajaran Allah) dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat takwa hati orang mukmin. [al-Hajj 22:32]

Minum dari gelas yang berlambangkan jenama minuman keras menyelisihi syiar Islam, maka dengan itu ia tidaklah dianjurkan.