Soalan:

Saya ada kawan lelaki yang tidak mempunyai adik beradik perempuan. Dia selalu bertanya kepada saya tentang hal-hal perempuan kerana dia segan untuk bertanya kepada ibunya. Saya pula tidak kisah untuk bercerita kerana niat saya hanya untuk menyampaikan ilmu. Wajarkah sikap saya ini kerana kadangkala dia menyentuh tentang perkara sulit? Harap ustaz dapat bantu.

Muza, Kuantan, Pahang.

 

Jawapan:

Setiap sesuatu ada batasnya dan seorang wanita mesti mengetahui batasnya dalam menceritakan hal-hal sulit berkaitan dirinya. Sebahagian perkara sulit itu tidak perlu diketahui oleh seorang lelaki baik melalui ibunya, adik-beradik perempuannya mahu pun teman wanitanya. Dia boleh mengetahui tentangnya setelah bernikah kelak.