Al-Qur'an bukan ensiklopedi haiwan purba, akan tetapi adalah buku panduan yang membawa pembacanya kepada Yang Maha Mencipta.

Oleh kerana itu Allah berfirman,

قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانظُرُوا كَيْفَ بَدَأَ الْخَلْقَ.

Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk."

(al-Ankabut 29:20)

Makhluk-makhluk yang mula Allah cipta bukanlah yang wujud 1400 tahun yang lalu, tetapi jauh sebelum itu.

Jadi al-Qur'an sejak awal sudah pun menyuruh umat Islam mencari dan mengkaji kesan-kesan peninggalan makhluk tersebut, seperti tulang fosil.

Moga dengan hasil pencarian, manusia akan mencari siapakah Pencipta makhluk-makhluk yang hebat itu.

 

Pautan tulisan asal AAJ pada 13 April 2019:

https://www.facebook.com/asiah.abdjalil.7/posts/2306136392781819