Kisah Nabi s.a.w. yang berjimak dengan isterinya Mariah di dalam rumah Hafsah, di atas tempat tidur Hafsah, memang disebut dalam kitab-kitab hadis.

Ia menjadi salah satu dari dua sebab penurunan ayat-ayat awal surah al-Tahrim.

Ringkasnya:

* Nabi s.a.w. berjimak dengan isterinya Mariah di dalam rumah Hafshah, di atas tempat tidur Hafsah, pada hari giliran Hafsah.

* Apabila Hafsah kembali dan menemui mereka berdua, Hafsah berkata,

"Wahai Rasulullah, sanggup engkau melakukan itu di dalam rumahku dan di atas tempat tidurku."

* Maka demi menjaga hati isterinya, Nabi mengharamkan Mariah ke atas dirinya (tidak lagi akan berjimak dengannya).

* Namun Hafsah membantah dengan berkata,

"Wahai Rasulullah, mengapa engkau haramkan atas dirimu hal yang halal bagimu?"

* Kemudian Allah juga menurunkan ayat,

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكَ تَبْتَغِي مَرْضَاتَ أَزْوَاجِكَ.

Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (al-Tahrim 66:01)

Sila rujuk ruangan komen, pautan daripada Pejabat Mufti WP tentang darjat hadis kisah ini.

 

Ulasan:

(1) Allah s.w.t. tidak menyalahkan mahupun menegur tindakan Nabi s.a.w. menjimak isteri yang lain di tempat tidur isteri yang lain, pada hari yang bukan merupakan giliran isteri yang dijimak itu.

(2) Sebagai seorang wanita, Hafsah tentu cemburu melihat Nabi menjimak Mariah di dalam rumahnya, di atas tempat tidurnya, pada hari gilirannya.

Oleh kerana itulah Hafsah berkata, "Wahai Rasulullah, sanggup engkau melakukan itu di rumahku dan di atas tempat tidurku."

(3) Akan tetapi Hafsah tidak marah atau melarang. Bahkan apabila Nabi mengharamkan Mariah ke atas dirinya, Hafsah membantah dengan berkata,

"Wahai Rasulullah, mengapa engkau haramkan atas dirimu hal yang halal bagimu?"

Pengajaran daripada kisah ini:

(1) Besarnya hati dan kesabaran para isteri Nabi s.a.w.

(2) Walaupun poligami itu berat, mereka tetap tidak mahu Nabi mengharamkan ke atas dirinya apa yang Allah halalkan.

(3) Meskipun Allah tidak menyalahkan atau menegur tindakan Nabi s.a.w., seorang isteri boleh meminta agar suaminya tidak melakukan yang seumpama.

Misalnya dengan berkata kepada suami, "Abang, saya tidak benarkan abang bawa balik ke rumah ini isteri lain, melainkan dengan izin saya terlebih dahulu".

Ini kerana rumah adalah hak seorang isteri daripada suaminya, maka dia boleh membuat permintaan sedemikian.

 

Pautan tulisan asal AAJ pada 19 April 2019

https://www.facebook.com/asiah.abdjalil.7/posts/2314850178577107

 

Pautan Pejabat Mufti WP tentang darjat hadis:

http://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1520-irsyad-al-hadith-siri-ke-35-kisah-mariah-al-qibtiyyah?fbclid=IwAR3sJUD-wmo2nhbiWAtwVD4xjlbB2fqfiBqyajEgIPRvrSZwCzjqWecxNM8