Soalan: 

Apakah pandangan ustaz jika kita mengamalkan ilmu sihir pada jalan kebaikan?

Haliza, Perak.

 

Jawapan:

Tidak ada kebaikan pada ilmu sihir, meskipun ia dipelajari dan diamalkan bagi merawat orang yang disihir. Ini kerana ilmu sihir melibatkan jin-jin dan jin-jin tersebut tidak akan melakukan apa yang diperintahkan kepadanya melainkan terlebih dahulu mensyaratkan perkara-perkara mungkar seperti kencing di atas al-Qur’an, solat menghadap patung, menyembelih haiwan di atas namanya dan berzikir dengan memuji-mujinya. Oleh kerana itulah orang yang mempelajari sihir dihukum kafir.

Jika seseorang itu hendak melindungi dirinya daripada sihir atau mengubati orang yang kena sihir, caranya ialah dengan memohon pertolongan Allah, membaca al-Qur’an dan doa-doa yang diajar oleh Rasulullah.