Judul buku : Koreksi Total Ritual Solat
Judul asal : Al-Qawl Al-Mubiin fii Akhthaa’ Al-Mushalliin
Penulis : Abu Ubaidah Masyhur ibn Hassan ibn Mahmud ibn Salman
Penerbit : Daar Ibnu Al-Qayyim
Harga : RM36.80
Di mana : Pustaka Indonesia, Pustaka Antara, Darul Fikir (Kampung Baru)
Buku
ini sudah lama berada di Malaysia, kalau tidak silap sudah hampir dua
tahun. Buku ini membincangkan berbagai kesilapan-kesilapan dalam ibadat
solat yang menjadi amalan masyarakat Islam. Buku ini dibahagikan kepada
tujuh fasal atau bab utama iaitu kesalahan-kesalahan dalam berpakaian,
kesalahan-kesalahan dalam tempat bersolat, kesalahan-kesalahan dalam
perilaku solat, kesalahan-kesalahan di masjid dan ketika berjemaah,
kesalahan-kesalahan selepas solat, kesalahan-kesalahan dalam solat
jumaat dan akhir sekali kesalahan dalam solat-solat khusus seperti
solat eid (hari raya) dan solat khusus lainnya.
Buku
ini adalah lebih kepada buku perbahasan dan bukanlah buku panduan,
namun begitu adalah penting untuk mengetahui segala macam kesilapan
agar pertama, kita dapat membetulkan apa jua salahfaham dan amalan kita
selama ini dan kedua kita dapat menghindari serta tidak terikut-ikut
sama dalam mengada-adakan sesuatu yang baru dalam ibadat solat kita.