Mutiara Doa

 “Segala puji bagi Allah yang memberi makanan ini kepadaku dan yang memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan (yang mutlak) dariku.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4023]

 

Beberapa pengajaran doa:

1.Di atas adalah salah satu doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. untuk diucap sesudah makan dan minum

2. Doa ini dibaca secara berseorangan dan boleh dilakukan sama ada dengan mengangkat tangan atau tidak

3. Lafaz “…tanpa daya dan kekuatan (yang mutlak) dariku” menunjukkan sifat rendah diri orang yang berdoa. Sekalipun makanan dan minuman itu diperolehi dengan usaha kita, kita tidak dapat menjamin secara mutlak bahawa ia akan diperolehi secara tetap sepanjang hidup. Hanya Allah yang memiliki kuasa mutlak untuk menentukan ketetapan makanan dan minuman bagi kita.