Soalan

Bolehkah akikah untuk bayi yang baru lahir digantikan dengan korban? Adakah ayat-ayat al-Qur’an yang patut dibaca untuk membentuk anak yang shalih?

Ros, Jasin, Melaka.

Jawapan:

Tidak boleh menggantikan akikah kepada korban melainkan jika hari ketujuh untuk dibuat akikah jatuh bertepatan pada Hari Raya Korban. Dalam kes terakhir ini para ilmuan berbeza pandangan, akan tetapi yang lebih kuat adalah ia tetap tidak dapat digantikan. Ini kerena akikah dan korban adalah dua ibadah yang berbeza sekali pun pada zahirnya nampak sama. Ada pun soalan kedua, maka kemujaraban al-Qur’an yang sebenar terletak pada memerhatikan maksud ayat dan mempraktikkannya dalam kehidupan harian. Justeru anak yang shalih akan terbentuk melalui ibubapa yang shalih, iaitu ibubapa yang menterjemahkan al-Qur’an dan al-Sunnah dalam setiap gerak-geri dan didikan harian.