THI: Mari menjampi
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Tazkirah Hari Ini
- Hits: 7705
Tazkirah hari ini:
عَنْ خَارِجَةَ بْنِ الصَّلْتِ التَّمِيمِيِّ عَنْ عَمِّهِ قَالَ: أَقْبَلْنَا مِنْ عِنْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَتَيْنَا عَلَى حَيٍّ مِنْ الْعَرَبِ.
Daripada Kharijah bin al-Sholti al-Tamimi, daripada pakciknya, dia berkata: Kami kembali daripada sisi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lalu kami mendatangi satu perkampungan Arab (pendalaman).
فَقَالُوا: إِنَّا أُنْبِئْنَا أَنَّكُمْ قَدْ جِئْتُمْ مِنْ عِنْدِ هَذَا الرَّجُلِ بِخَيْرٍ. فَهَلْ عِنْدَكُمْ مِنْ دَوَاءٍ أَوْ رُقْيَةٍ؟ فَإِنَّ عِنْدَنَا مَعْتُوهًا فِي الْقُيُودِ.
Mereka berkata: “Sesunguhnya kami diberitahu bahawa kalian datang dari sisi seorang lelaki (Rasulullah) yang memiliki banyak kebaikan. Apakah di sisi kalian terdapat ubat atau jampian? Ini kerana sesungguhnya di sisi kami ada seorang gila yang diikat dengan rantai besi.”
قَالَ: فَقُلْنَا: نَعَمْ. قَالَ: فَجَاءُوا بِمَعْتُوهٍ فِي الْقُيُودِ. قَالَ: فَقَرَأْتُ عَلَيْهِ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ غُدْوَةً وَعَشِيَّةً كُلَّمَا خَتَمْتُهَا أَجْمَعُ بُزَاقِي ثُمَّ أَتْفُلُ. فَكَأَنَّمَا نَشَطَ مِنْ عِقَالٍ.
Kami menjawab: “Ya”. Lalu mereka membawakan orang gila yang dirantai itu. Aku (pakcik Kharijah) membacakan ke atasnya surah al-Fatihah selama tiga hari, pagi dan petang. Setiap kali selesai membaca (surah al-Fatihah), aku kumpulkan ludah dan kemudian meludah (kepada orang gila itu). Maka (dia sembuh) sehingga seolah-olah terbebas daripada ikatan rantainya.
قَالَ: فَأَعْطَوْنِي جُعْلًا فَقُلْتُ: لَا حَتَّى أَسْأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. فَقَالَ: كُلْ فَلَعَمْرِي مَنْ أَكَلَ بِرُقْيَةِ بَاطِلٍ لَقَدْ أَكَلْتَ بِرُقْيَةِ حَقٍّ.
Maka mereka memberikan aku hadiah, namun aku katakan: “Tidak, (tunggu dulu) sehingga aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (sama ada boleh menerimanya atau tidak).” (Setelah kembali kepada Rasulullah dan bertanya, baginda menjawab): “Ambillah kerana demi agamaku, ada orang yang mengambil (harta) melalui jampi yang batil sementara engkau mengambilnya dengan jampi yang benar.”
[Shahih Sunan Abu Daud, no: 3402/3901]
------------
Beberapa pengajaran hadis:
[1] Sesiapa saja boleh meruqyah atau menjampi. Tidak semestinya memanggil atau berjumpa dengan ustaz. Yang terbaik, jampi dilakukan di kalangan orang-orang yang dipercayai seperti sesama ahli keluarga atau rakan-rakan. Contohnya, ayah menjampi anak atau anak menjampi ayah.
Boleh saja panggil atau jumpa ustaz tetapi perlu waspada sebab banyak kes penipuan yang berlaku.
[2] Jampi hanya dengan membaca surah al-Fatihah. Orang gila dalam hadis di atas, kegilaannya mungkin disebabkan oleh masalah biologi diri sendiri atau rasukan jin (histeria). Namun dengan izin Allah, dapat disembuhkan dengan jampian surah al-Fatihah.
Dalam sebuah hadis sahih yang lain, ada orang yang disengat binatang berbisa juga disembuhkan dengan jampian surah al-Fatihah. Ini menunjukkan jampian juga dibolehkan ke atas penyakit fizikal.
Yang penting ialah yakin kepada kesembuhan daripada Allah.
[3] Kebiasaan sebahagian masyarakat kita, jampi hendaklah berjela-jela panjangnya. Faham atau tidak lain cerita. Asalkan panjaaang.
Jika ada penjampi yang baca surah al-Fatihah saja, pasti akan ada yang berkata: "Huh! Dia ni amatur. Pergilah cari tukang jampi yang pro!".
Padahal hadis ini membuktikan cukup dengan surah al-Fatihah. Ini kerana yang menyembuhkan bukanlah penjampi yang pro atau amatur tetapi Allah s.w.t..
8 May, 2016
THI: Jangan keluar rumah tanpanya
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Tazkirah Hari Ini
- Hits: 4512
Tazkirah hari ini, sabda Nabi s.a.w.:
إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ: بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّه,ِ قَالَ: يُقَالُ حِينَئِذٍ هُدِيتَ وَكُفِيتَ وَوُقِيتَ فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ. فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ: كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِيَ وَكُفِيَ وَوُقِيَ؟
Apabila seseorang itu keluar dari rumahnya dan membaca:
“Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Tidak ada daya dan kekuatan (bagiku) melainkan dengan izin Allah)”,
Dikatakan kepadanya pada saat itu: “Kamu telah mendapat petunjuk, diberi kecukupan dan mendapat penjagaan” sehingga syaitan-syaitan menjauhinya.
Maka berkatalah satu syaitan kepada syaitan yang lain: “Bagaimana kamu hendak mengganggu orang yang telah mendapat petunjuk, kecukupan dan penjagaan?” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4431/5095]
------------------
Setiap hari kita keluar rumah. Malah dalam sehari kadangkala berulangkali kita keluar rumah.
Beruntunglah orang yang keluar rumah dengan membaca doa di atas kerana dikatakan kepadanya pada saat itu: “Kamu telah mendapat petunjuk, diberi kecukupan dan mendapat penjagaan” sehingga syaitan-syaitan menjauhinya.
Bahkan syaitan merasa rugi sehingga berkata sesama mereka: “Bagaimana kamu hendak mengganggu orang yang telah mendapat petunjuk, kecukupan dan penjagaan?”
Ayuh, kita membiasakan diri membacanya.
Bagi yang belum hafal, mulakan saat ini juga meskipun sedang duduk depan laptop atau talifon:
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ.
1 May, 2016
THI: Mari berniaga ...
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Tazkirah Hari Ini
- Hits: 5047
Tazkirah hari ini, firman Allah s.w.t.:
إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ (29) لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ (30)
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi.
Supaya Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. [Fathir 35:29-30]
---------------
Pada masa kini, ramai yang fikir nak buat bisnes. Walaupun sudah ada kerja dan pendapatan, masih nak buat bisnes. Meskipun sudah keluar rumah ke pejabat dari subuh hingga maghrib, masih hendak buat bisnes.
Akan tetapi bila diminta tolong buat kerja sukarelawan untuk Islam atau masyarakat, terus jawab "tidak ada masa" atau "tidak ada kudrat"!
Beruntunglah orang-orang yang buat bisnes sebagaimana ayat al-Qur'an di atas. Bisnes yang tidak akan rugi.
Iaitu mereka yang:
[1] Selalu membaca al-Qur'an.
[2] Mendirikan solat, baik yang fardhu mahupun sunat.
[3] Banyak bersedekah,yakni sedekah harta, tenaga atau ilmu.
Mereka ini, Allah sempurnakan pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurniaan-Nya, seperti keimanan, ketaqwaan, kebahagiaan, kesihatan, kewangan dan lain-lain lagi.
Jadi nak buat bisnes yang mana?
30 April, 2016
THI: Do'a vs. RIP
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Tazkirah Hari Ini
- Hits: 5500
Orang Islam yang meninggal dunia, belum tentu dia aman di Alam Barzakh.
Maka kita dianjurkan mendoakan dia, agar Allah mengampunkan dosanya, merahmatinya dan memudahkan soal-jawab dalam kuburnya (bukan sebut al-Fatihah!)
Maka bagaimana pula orang bukan Islam yang meninggal dunia?
Orang-orang Islam yang mengucapkan "Rest in peace" kepada orang bukan Islam yang meninggal dunia, seolah-olah dia tidak beriman kepada Alam Barzakh.
Seolah-olah dia mengharapkan atau mendoakan agar orang yang meninggal itu dalam keadaan aman di Alam Barzakh.
Seolah-olah dia menganggap tiada kesalahan bagi orang itu untuk mensyirikkan Allah dan mengingkari Islam ketika hidup di dunia dahulu.
Semoga Allah menjadikan kita di kalangan orang yang prihatin kepada setiap ucapan dan tulisan yang kita keluarkan.
KHFA 22 April
Page 61 of 67